PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Bandar Putra, Segamat dengan penuh tekad dan iltizam berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Menyediakan program pembelajaran dan pemudahcaraan yang terbaik berasaskan Budaya Ilmu bagi memenuhi keperluan hidup murid - murid, masyarakat, dan negara.
- Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama, dan keturunan.
- Menggunakan bahan bantu PdPc yang berkesan, canggih, dan selaras dengan era globalisasi.
- Pengurusan yang cekap, pantas, dan bijaksana.
- Menyediakan prasarana pendidikan yang selesa selaras dengan keperluan semasa.
- Berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
- Memupuk budaya prihatin dan penyayang.
- Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan dan memberi perhatian serius terhadap setiap aduan pelanggan.