VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”
Pendidikan |
: Merangkumi
proses pengajaran dan pembelajaran berkualiti |
Berkualiti |
: Sifat
pendidikan yang memenuhi hasrat dalam mencapai sasaran sekolah |
Insan |
: Murid SMK
Bandar Putra yang sempurna dan terdidik |
Terdidik |
: Potensi dan
kebolehan murid terasuh dan terlatih dengan akhlak, budi pekerti |
Negara |
: Negara
Malaysia yang merdeka dan berdaulat |
Sejahtera |
: Warga sekolah
bebas daripada segala ancaman dalam dan luar dengan hidup |
MISI
“Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”
Melestarikan |
Memastikan
ketekalan kualiti sistem pendidikan kebangsaan dalam mendukung prinsip bagi
melahirkan kemenjadian murid dan
mewujudkan sekolah berkualiti
selaras dengan matlamat pelaksanaan
Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) |
Sistem |
Seiring
dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan insan yang seimbang dalam aspek JERIS |
Pendidikan |
Hasrat
diperkasa melalui penegasan dan pengamalan Pendidikan Abad ke-21 |
Berkualiti |
Pengurusan
sekolah berpegang kepada nilai dan prinsip kerja yang berkualiti |
Membangunkan |
Mengoptimumkan
keupayaan |
Potensi |
Sekolah
berusaha melahirkan dan membentuk potensi
individu yang berkualiti dan seimbang |
Individu |
Murid-murid di
SMK Bandar Putra akan terus berusaha bersama-sama sehingga berperanan sebagai
global player |
Aspirasi |
Keinginan yang
tinggi untuk mencapai sasaran |
Negara |
Sebuah negara
merdeka dan berdaulat |
DASAR KUALITI
Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Putra, Segamat komited untuk menyediakan dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi
keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
OBJEKTIF
a. Melaksanakan 100%
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan
kecuali berlaku perkara - perkara yang di luar kawalan SMK Bandar Putra,
Segamat.
b. Memastikan pencapaian
murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat mencapai
sekurang-kurangnya 80% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun
sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi Ujian Pertengahan Sesi Akademik
(UPSA), Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), PBS dan SPM.
c. Memastikan 100% murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat mendapat Perkhidmatan
Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya
melainkan berlaku perkara - perkara yang di luar kawalan sekolah.
d. 100% aduan dan maklum
balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti
Aduan Pelanggan.
e. Mencapai tahap
Pengurusan Kewangan Cemerlang.
FALSAFAH PENDIDIKAN DAN AMALAN NILAI
“Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra adalah merupakan satu usaha berterusan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan potensi individu selaras dengan konsep perpaduan, perkhidmatan penyayang, sekolah penyayang, budaya ilmu, budaya cemerlang, dan pemuafakatan berasaskan kepercayaan kepada Tuhan.
MOTO SEKOLAH
” Ilmu Teras Keunggulan”
Sekolah
berusaha melahirkan anak didik yang cemerlang dan unggul berteraskan ilmu yang
diterima dan sahsiah yang terangkum dalam bentuk keseluruhan wajah manusia yang
memakai destar atau tengkolok sebagai lambang memartabatkan ilmu.
SLOGAN
“SEBARA HEBAT”
SEBARA |
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA
|
H |
Harmoni ( mengekalkan keharmonian yang
telah terjalin antara warga sekolah bersama komuniti dan pemegang taruh ) |
E |
Empati ( sentiasa meletakkan perasaan
empati dalam mendepani situasi ) |
B |
Bakti ( sentiasa berusaha mencurah bakti demi
kecemerlangan organisasi )
|
A |
Amanah ( sentiasa mendukung sikap amanah, integriti dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas )
|
T |
Tepati Masa ( mematuhi ketepatan masa dalam melunaskan tanggungjawab dan amanah demi mencapai sasaran )
|