Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan- keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Objektif SPSK adalah :
- Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara- perkara yang diluar kawalan SMK Bandar Putra, Segamat.
- Memastikan pencapaian murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, PBS atau SPM.
- Memastikan 100% murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara- perkara yang di luar kawalan sekolah.
- 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan.
- Melaksanakan Pengurusan Kewangan, Tanpa Teguran Audit.